Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
paparan iphone 14

iPhone 14 – Mungkin Ini Tarikh Pelancaran Dan Jangkaan Harga

Diterbitkan Mei 19, 2022 · Dikemas kini Mei 23, 2022 oleh Firdaus

Berdasarkan acara pelancaran Apple yang sebelumnya, saya menjangkakan iPhone 14 bakal membuat kemunculan pada September, 2022.

Selain itu, iDropNews yang diuruskan pemberi maklumat yang boleh dipercayai LeaksApplePro menyatakan Apple akan mengadakan acara pelancaran pada minggu ke 37 tahun ini.

Minggu 37 bermula pada 12 September dan Apple mempunyai kecenderungan untuk mengadakan acara mereka pada hari Selesa. Oleh itu, besar kemungkinan siri iPhone 14 akan dilancarkan pada hari Selasa, 13 September tahun ini.

Jangkaan Harga

Antara khabar angin yang banyak didengari adalah Apple akan menamatkan model Mini dan menggantikannya dengan model Max dalam siri 14 kali ini.

iphone 14 pill

Berikut merupakan jangkaan harga permulaan bagi setiap model siri iPhone 14:

  • iPhone 14: $799 (bermula ~RM3,500)
  • iPhone 14 Max: $899 (bermula ~RM3,800)
  • iPhone 14 Pro: $1,099 (bermula ~RM4,600)
  • iPhone 14 Pro Max: $1,199 (bermula~RM5,000)

Harga berikut merupakan tukaran matawang USD ke MYR semasa artikel ini ditulis. Ada kemungkinan harga di atas akan berubah ketika iPhone 14 dilancarkan dek kerana perubahan nilai matawang Ringgit.

Sumber: iDropNews, Tom’s Guide

Baca juga:

  • iPhone Tanpa Takuk Mungkin Hadir Dalam 2 Tahun Lagi
  • Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023
  • Harga iPhone 14 – Mungkin Ini Yang Perlu Anda Bayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY