Astro Lanjutkan Tontonan Saluran Percuma Sehingga 14 April 2020

Jika sebelum ini tarikh menonton saluran percuma hanya sehingga 31 Mac 2020. Selari dengan lanjutan tarikh Perintah Kawalan Berkurung sehingga 14 April 2020, Astro pun turut melanjutkan tempoh menonton saluran percuma.

Kesemua Pelanggan Astro


Untuk lanjutan tontonan saluran percuma ini, terdapat penambahan saluran berita serta Cartoon Network berbanding hanya saluran filem sahaja sebelum ini. Kesemua saluran tersebut adalah:

Filem

  • BOO

  • HBO

  • Cinemax

  • FOX Movies

  • FOX Family Movies

  • FOX Action Movies

  • tvN Movies

  • Celestial Movies HD

  • Astro Citra

  • Tayangan Hebat

  • Thangathirai

  • BollyOne

  • HITS Movies

  • Celestial Classic Movies


Berita

  • Astro Awani

  • Bernama News Channel

  • CGTN

  • CNN SD | HD

  • BBC World News SD | HD

  • Al Jazeera English SD | HD

  • Sky News HD

  • Channel News Asia

  • CNBC Asia

  • Bloomberg Television

  • ABC Australia


Saluran Kanak-Kanak

  • Cartoon Network


NJOI


Untuk pengguna NJOI pula, jika sebelum ini anda hanya mendapat 2 saluran percuma iaitu KIX dan Nat Geo WILD, dengan lanjutan tempoh ini anda mendapat 2 lagi saluran tambahan iaitu Celestial Movies dan Cartoon Network.

Bukan Pelanggan Astro


Untuk bukan pelanggan Astro pula, anda masih boleh menonton saluran Astro melalui aplikasi Astro Go peranti pintar untuk 22 saluran yang sama sebelum ini.

  • Astro Prima

  • Astro Oasis

  • Go Shop HD RUUMA

  • Go Shop HD GAAYA

  • Astro Vaanavil

  • Makkal TV

  • Astro AEC

  • GO SHOP Chinese

  • TV Alhijrah

  • Celestial Movies

  • Celestial Classic Movies

  • CCTV4

  • Astro Xiao Tai Yang

  • Astro Awani

  • Bernama TV

  • Astro Tutor TV UPSR

  • Astro Tutor TV PT3

  • Astro Tutor TV SPM

  • Astro Arena

  • eGG

  • HELLO

  • Cartoon Network


Pelanggan Sports Pack


Ekstra untuk pelanggan Sports Pack, lanjutan menonton kesemua saluran yang terdapat pada Astro akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020 ini.

Kesemua tempoh menonton saluran percuma ini adalah sehingga 14 April 2020 jam 11.59 malam manakala untuk pelanggan Sports Pack anda boleh menikmati tontonan lebih lama sehingga 30 April 2020 11.59 malam ini.

Untuk bukan pelanggan Astro, anda boleh muat turun aplikasi Astro Go yang terdapat dalam Google Play Store dan juga App Store pada peranti pintar anda.