Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM Multi-User Profile Photo

Astro Perkenalkan Ciri Profil Multipengguna Untuk Ultra & Ulti Box Dan Astro GO

Diterbitkan Ogos 23, 2022 oleh ariff bukhari

Astro hari ini telah mengemas kini  Ultra & Ulti Box dan Astro GO dengan memperkenalkan ciri baharu termasuklah profil Multipengguna, paparan lakaran kecil, peningkatan carian dan keupayaan untuk melancar rancangan Netflix di Home Screen Astro.

Kini pelanggan Astro boleh menggunakan sehingga 5 profil berbeza untuk satu isi rumah, membenarkan pengesyoran kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik, pilihan dan tabiat tontonan setiap pengguna.

Ciri baru ini sekaligus memberikan fleksibiliti dan memenuhi cita rasa berbeza-beza di dalam sesebuah isi rumah.

Multi-User Profile_First Screen

Selain itu,pengguna juga dibenarkan menukar rupa profil mereka seberapa banyak yang mereka mahukan.

Berkaitan

  • Ada Kandungan Menarik Dan Konsert Istimewa Buat Penonton Sempena Astro 25
  • 7 Fenomena Menarik Dalam Kalendar Astronomi Bulan Ogos 2022 Ini
  • Astro Perkenalkan Aplikasi Disney+ Hotstar Di Ulti Box, Tersedia Mulai Hari Ini

Profil Kanak-Kanak juga diperkenalkan di mana mereka kini boleh menerokai secara khusus program kegemaran mereka termasuk Didi & Friends, Upin & Ipin serta Cocomelon.

Kesemua ciri-ciri baru ini telah mula dilancarkan kepada pelanggan-pelanggan Astro secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pelanggan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini ini, sila ke laman rasmi Astro Ultra Box and Ulti Box | Astro.

Sumber: Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY