Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Asas Kepada Rangkaian 5G Malaysia Bakal Dibangunkan Celcom Dan Ericsson

Asas Kepada Rangkaian 5G Malaysia Bakal Dibangunkan Celcom Dan Ericsson

Diterbitkan September 25, 2018 ยท Dikemas kini September 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Syarikat pengendali rangkaian terkemuka negara, Celcom telah dilaporkan menandatangani persefahaman bersama Ericsson. Kerjasama antara kedua-dua syarikat terbabit bakal memperlihatkan penaiktarafan kepada rangkaian LTE dalam negara.

Sepertimana yang diumumkan oleh Ericsson, syarikat itu akan membekalkan peralatan Radio Access Network (RAN) kepada Celcom dalam pengembangan perkhidmatan data di Malaysia.

Disamping itu, peralatan tersebut juga akan digunakan untuk membangunkan tapak asas bagi membantu Celcom menyediakan rangkaian 5G pada masa akan datang.

Sebagai maklumat tambahan, Celcom dan Ericsson telah mempertontonkan ujian rangkaian 5G pada Mei tahun lalu yang mana ia mampu mencapai kelajuan sehingga 18Gbps dan latensi rendah sekitar 3milisaat.

Rangkaian 5G disebut sebagai rangkaian masa depan dimana ia boleh digunakan untuk mengawal robot, virtual realiti, aplikasi internet kebendaan (IoT) dan lain-lain teknologi canggih.

Sumber: Ericsson

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY