Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ARCore Semakin Dekat Untuk Dilancarkan Oleh Google

ARCore Semakin Dekat Untuk Dilancarkan Oleh Google

Diterbitkan Februari 24, 2018 oleh Wiser MY

Menjelang pamera Mobile World Congress (MWC) di Barcelona bermula, Variety melaporkan yang Google sedang cuba membawakan ARCore framework yang akan digunakan untuk aplikasi augmented reality (AR) di pameran tersebut.

Sokongan ARCore itu kini sudah mencapai versi penuh dan sedang menunggu masa untuk diaplikasikan ke peranti-peranti Android. Google merancang untuk membawakan sokongan tersebut kepada 100 juta peranti telefon pintar menjelang bulan Mac. Buat masa ini, hanya peranti Google seperti Pixel dan Nexus 6P yang menyokong ARCore.

https://wiser.my/wp-content/uploads/2018/02/VID-20180209-WA00140.mp4

Besar kemungkinan, Samsung Galaxy S8 menjadi peranti bukan Google pertama yang akan menyokong fungsi ini kerana peranti ini telah digunakan di dalam versi pembangun sebelum ini. ARCore juga dikatakan akan dapat dibawakan kepada versi Android Nougat memandangkan masih belum banyak peranti yang menggunakan Android Oreo.

Dengan sokongan fungsi AR, bakal merancakkan lagi cara pengguna berinteraksi dengan medium media seperti gambar dan juga video seterusnya memeriahkan suasana Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY