Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Ultra 4 Diperkenal, Tawar Hayat Bateri Lebih 2 Hari, Harga Bermula RM3,699

Apple Watch Ultra 4 Diperkenal, Tawar Hayat Bateri Lebih 2 Hari, Harga Bermula RM3,699

Diterbitkan September 10, 2026 · Dikemas kini September 10, 2026 oleh ariff bukhari

Selain Apple Watch Series 12 baharu, Apple turut memperkenalkan Apple Watch Ultra 4, jam tangan pintar paling maju mereka.

Dikuasakan cip S11 dan sistem pengesan kesihatan baharu, Apple menyatakan jam pintar terbaru ini menawarkan bacaan kadar denyutan jantung paling tepat dalam industri.

Dengan pengukuran HRV lebih kerap, pengguna kini mendapat skor kesediaan harian yang membantu menentukan sama ada perlu berehat, bergerak perlahan atau teruskan latihan maksimum.

 

“Apple Watch Ultra 4 menyampaikan penderiaan kadar denyutan jantung yang paling tepat dalam pengukuran kebolehubahan kadar denyutan jantung (HRV) frekuensi tinggi untuk peranti yang boleh dipakai,”

Dari segi ketahanan, Ultra 4 mampu bertahan lebih dua hari penggunaan biasa, sehingga 50 jam dalam mod senaman panjang, dan 45 jam dalam mod ultra-endurance.

Malah, dengan hanya 15 minit pengecasan, ia memberikan sehingga 18 jam hayat bateri tambahan.

Apple Watch Ultra 4 Diperkenal, Tawar Hayat Bateri Lebih 2 Hari, Harga Bermula RM3,699

Apple Watch Ultra 4 juga dilengkapi fungsi Audio Intelligence seperti Sound Recognition, Live Rewind dan Siri Recap menjadikan komunikasi lebih pintar.

Siri AI dalam watchOS 27 pula membawa pemahaman konteks peribadi terus ke pergelangan tangan.

Apple Watch Ultra 4 Diperkenal, Tawar Hayat Bateri Lebih 2 Hari, Harga Bermula RM3,699
Apple turut memperkenalkan aplikasi Kesihatan baharu dengan tab Longevity, menilai “Health Age” dan integrasi ujian makmal.

Apple Watch Ultra 4 boleh didapati dalam warna titanium asli dan hitam.pada harga bermula RM3,699, ia akan mula tersedia di pasaran bermula 18 September ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY