Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
watchOS 9.5 Apple Watch

Pengguna Apple Watch Lapor Isu Skrin Setelah Kemas Kini watchOS 9.5

Diterbitkan Mei 22, 2023 ยท Dikemas kini Mei 22, 2023 oleh Amalina Athman

Sebilangan pengguna Apple Watch melaporkan isu skrin kehijauan apabila mengakses antara muka tertentu pada peranti.

Berkaitan

  • Kemas Kini iOS 16.5 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat
  • iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
  • Apple Berjaya 'Pukau' Pengguna Android Beralih Ke iPhone Sejak Bertahun Dulu - Kajian

Menerusi aduan yang dikongsi di Reddit (1, 2), masalah paparan skrin itu terjadi setelah melakukan kemas kini watchOS 9.5. Antara yang kelihatan kehijauan termasuk paparan Control Centre, notifikasi, input kata laluan dan sebagainya.

watchOS 9.5_3
watchOS 9.5_2

Difahamkan, hampir semua model yang terjejas ialah Apple Watch Series 8 dan yang lebih terdahulu. Berdasarkan laporan itu juga, hanya sebilangan pengguna Apple Watch SE dan Apple Watch Ultra yang turut terjejas dengan isu tersebut.

Walaupun beberapa pengguna dapat menghilangkan warna hijau pada skrin itu setelah melakukan restart, namun sebilangannya menyatakan sebaliknya. Mengambil kira masalah tersebut muncul setelah kemas kini watchOS 9.5, berkemungkinan ia disebabkan masalah perisian dan bukannya perkakasan.

Terdahulu, Apple turut membetulkan isu sama pada iPhone, yang disebabkan oleh masalah pepijat perisian.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY