Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Apple Berjaya ‘Pukau’ Pengguna Android Beralih Ke iPhone Sejak Bertahun Dulu – Kajian

Diterbitkan Mei 19, 2023 oleh ariff bukhari

Selama bertahun-tahun, Apple telah cuba memujuk pengguna Android untuk beralih kepada iPhone.

Menukar sistem operasi mudah alih masih dianggap sebagai satu cabaran oleh pemilik telefon pintar, jadi menyebabkan kesetiaan kepada sistem operasi peranti yang mereka gunakan adalah masih kekal sangat tinggi.

Android mungkin mempunyai pengguna paling ramai di dunia ketika ini, tetapi menurut laporan kajian pasaran yang dibuat oleh pihak Rakan Penyelidik Perisikan Pengguna (CIRP), lebih ramai pengguna Android telah memilih untuk bertukar kepada iPhone sejak bertahun dulu.

CIRP dalam kajian yang dibuat mereka mendapati sejak beberapa tahun lalu, pengguna Android nampaknya menjadi penyumbang kepada peratusan peningkatan jualan iPhone.

CIRP meninjau pemilik iPhone dan mendapati bahawa dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada Mac 2023, 15% pengguna telefon Android telah beralih kepada iPhone.

Apple Berjaya ‘Pukau’ Pengguna Android Beralih Ke iPhone Sejak Bertahun Dulu – Kajian

Itu merupakan jumlah peralihan tertinggi bagi pengguna Android memiliki iPhone sejak tinjauan yang berakhir pada Mac 2018 dahulu yang turut merekodkan peratusan yang sama terhadap peralihan pengguna Android kepada iOS.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa antara faktor yang turut menyumbangkan kepada peningkatan jualan iPhone adalah kerana pengguna iPhone yang lebih muda tertarik dengan iPhone kerana pengaruh rakan sebaya.

Berkaitan

  • Anak Muda Ketagih Model iPhone Terbaru Kerana Pengaruh Kawan - Kajian
  • Hadir Julai Depan, ASUS Malaysia 'Ada Kejutan' Untuk Harga ROG Ally
  • Selepas TikTok, Montana Sekat 3 Lagi Aplikasi Media Sosial Dari Peranti Kerajaan

Sumber: CIRP, Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY