Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 12 Dilancar, Harga Bermula RM1,799 Sehingga RM4,549

Apple Watch Series 12 Dilancar, Harga Bermula RM1,799 Sehingga RM4,549

Diterbitkan September 10, 2026 · Dikemas kini September 10, 2026 oleh ariff bukhari

Apple memperkenalkan Apple Watch Series 12, dipacu cip S11 baharu dan hadir bersama sistem Health Sensing baharu, menjadikan pemantauan kesihatan lebih tepat, termasuk kadar denyutan jantung.

Fungsi Readiness Score pula memberi panduan harian sama ada pengguna perlu berehat atau terus berlatih, menjadikannya teman ideal untuk gaya hidup aktif.

 

“Apple Watch Siri 12 ialah teman kesihatan dan kecergasan paling canggih yang pernah kami cipta,” kata Kaiann Drance, naib presiden Pemasaran Produk Apple Watch Seluruh Dunia Apple.

Dari segi prestasi, bateri jam ini mampu bertahan sehingga 24 jam penggunaan harian dan 10 jam untuk senaman luar, dengan pengecasan pantas yang menyediakan 12 jam kuasa hanya dalam 15 minit.

Apple turut memperkenalkan algoritma baharu untuk pengiraan langkah yang lebih tepat.

Apple Watch Series 12 Dilancar, Harga Bermula RM1,799 Sehingga RM4,549
Dengan LED hijau yang lebih besar dan cekap kuasa pada sensor jantung optik, Apple Watch Series 12 kini mengukur kadar denyutan jantung setiap lima saat, sepanjang hari.

Selain itu, watchOS 27 membawa kecerdasan Siri yang lebih pintar, termasuk kawalan melalui gerakan tangan dan fungsi audio seperti Sound Recognition serta Live Rewind.

Aplikasi Kesihatan juga diperbaharui dengan tab Longevity dan Insights, serta integrasi bersama Quest Diagnostics untuk ujian makmal.

Apple Watch Series 12 Dilancar, Harga Bermula RM1,799 Sehingga RM4,549

Dari segi reka bentuk, Series 12 hadir dalam saiz 42mm dan 46mm, dengan pilihan aluminium, titanium dan seramik, serta tali jam baharu termasuk edisi Nike dan Hermès.

Lebih menarik, ia dibina dengan 40% bahan kitar semula, menegaskan komitmen Apple terhadap kelestarian.

Apple Watch Series 12 akan mula dijual pada 18 September 2026 dengan harga bermula RM1,799 (Aluminium) 42mm dan mencecah RM4,549 bagi model Seramik (GPS+Selular) 46mm dengan pilihan tali jam keluli tahan karat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY