Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Generasi Pertama Tidak Lagi Disokong Dengan Kemaskini Terbaru

Apple Watch Generasi Pertama Tidak Lagi Disokong Dengan Kemaskini Terbaru

Diterbitkan Jun 7, 2018 oleh Wiser MY

Apple Inc baru sahaja memperkenalkan sistem operasi, watchOS 5 yang memberi kemaskini terbaru untuk rangkaian jam pintar mereka. Bagaimanapun, sistem operasi tersebut kini tidak lagi dapat disokong oleh Apple Watch generasi pertama termasuk yang diperbuat daripada emas.

maxresdefault (1)

Apple Smart Watch yang diperbuat daripada emas menjadi kontroversi kerana harga jualan bermula RM 39, 772.00 ($10, 000). Disebabkan harga jualan yang begitu tinggi, Apple Smart Watch edisi emas danĀ rose goldĀ kini tidak mendapat fungsi-fungsi terkini dari Apple.

Ia merupakan produk pengguna termahal Apple hasilkan dan tidak didedahkan berapa unit yang terjual sejak mula diperkenalkan 3 tahun lepas. Beberapa selebriti pernah dilihat menggayakan jam tersebut seperti Beyonce dan juga Karl Lagerfeld yang menerima jam yang diubahsuai khas untuk mereka.

Apple Watch generasi terbaru kini menggunakan bahan binaan seperti seramik yang lebih rendah kosnya dan juga tahan lasak. Apple Watch dikritik pada awal kemunculannya kerana tidak tahan lama dari segi penggunaan bateri jam.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY