Apple Watch Akan Datang Mungkin Ada Touch ID

Apple Watch sedia menggunakan sistem sekuriti berupa kod laluan untuk mengesahkan akses. Namun untuk memasukkan kod laluan itu mungkin perkara renyah untuk dibuat dan pastinya ada idea lain untuk fungsi tersebut.

Menerusi satu paten yang difailkan oleh Apple, terdapat ciri Touch ID pada Apple Watch. Paten tersebut sudah difailkan sejak November 2018 lagi dan baru-baru ini ia diterbitkan di US Patent & Trademark Office.



Ia memperlihatkan Digital Crown, butang pada sisi Apple Watch dilengkapkan dengan fungsi Touch ID. Fungsi Digital Crown sedia ada membolehkan pengguna untuk kembali pada paparan Home, memusingkannya untuk zoom dan menatal paparan bergantung pada konteks.

Dengan penggunaan Touch ID pada Apple Watch, ia dapat memudahkan pengguna membuat pengesahan tanpa perlu menggunakan iPhone mahupun memasukkan kod laluan.

Sumber:Patently Apple