Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Rancang Tambah Kamera 3D Berasaskan Laser Untuk iPhone Keluaran 2020

Apple Rancang Tambah Kamera 3D Berasaskan Laser Untuk iPhone Keluaran 2020

Diterbitkan Januari 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai persiapan untuk meningkatkan lagi sokongan ciri AR pada iPhone, Apple dilapor sedang membangunkan sistem kamera 3D.  Ia diramal bakal hadir pada model keluaran 2020.

Memetik laporan dari Bloomberg, kamera 3D itu akan terletak dibelakang dan direka untuk mengimbas persekitaran bagi mereka bentuk semula dunia sebenar dalam bentuk tiga dimensi.

Sistem yang dibangun berasaskan laser ini mampu berfungsi dengan jarak 15 kaki dari peranti, berbanding kamera 3D yang digunakan pada ciri Face ID sekaran yang hanya mengesan subjek sekitar 25-50 cm.

Dengan sistem ini, ia dikatakan mampu meningkatkan lagi keupayaan AR pada iPhone.

Selain dari sistem kamera 3D laser ini, turut dinyatakan bahawa model itu akan memiliki tiga lensa kamera dengan kelengkapan merakam foto yang lebih baik.

Informasi kamera 3D laser ini juga dilihat seiring dengan khabar angin tahun lalu yang mana Apple diwar-warkan sedang membangunkan alat pendengar AR.

Sumber: Bloomberg

Sumber foto utama: Macworld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
©2026 WISER.MY