Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maksud Huruf “i” Pada Nama Produk Apple Dan Bagaimana Ia Bermula

Maksud Huruf “i” Pada Nama Produk Apple Dan Bagaimana Ia Bermula

Diterbitkan Ogos 19, 2017 · Dikemas kini Ogos 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Huruf “i” sangat sinonim dengan Apple kerana hampir kesemua produk yang dikeluarkan mereka menggunakan awalan “i” seperti contoh…

  • iMac,
  • iPhone,
  • iPad,
  • iPod,
  • iOS.

Tetapi adakah anda tahu tentang maksud disebalik awalan “i” itu? Bagaimana Steve Jobs mendapat idea untuk meletakkan nama itu pada produknya?

Semuanya bermula sekitar tahun 1997, Steve Jobs kembali ke Apple daripada NeXT Computer dengan visi utama menyelamatkan syarikat itu dari diambang kejatuhan.

Beberapa bulan pertama, Steve Jobs berusaha menstrukturkan semula syarikat dan produk serta berharap dapat mengembalikan fokus syarikat. Pada waktu itu hanya 2 produk sahaja yang tinggal untuk dipertaruhkan di pasaran iaitu, PowerPC dan keluarga komputer Mac.

Maksud Huruf “i” Pada Nama Produk Apple Dan Bagaimana Ia Bermula

Ketika itu, Mac merupakan komputer pertama yang mempunyai sambungan USB dan tidak menggunakan cakera liut 3.5, sebaliknya menggunakan cakera padat yang dibina dibawah skrin paparan.

“Jatuh bangun syarikat dipertaruhkan pada komputer ini, ia perlukan nama yang hebat” ujar Jobs.

Steve Jobs mengetuai pekerja yang lain dalam menentukan nama bagi komputer itu dan beliau mendapat idea untuk menamakannya sebagai MacMan.

Perkara itu memeranjatkan para pekerjanya dan mereka semua akhirnya berjaya meyakinkan Steve Jobs untuk memilih nama yang lebih ringkas dan penuh bermakna, iMac.

“Ia adalah Mac berkuasa penuh, yang boleh melakukan banyak perkara, tetapi pertama dan paling penting, ia akan membawa anda ke Internet dalam masa 10 minit, walaupun anda tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini.”

Bermulalah dari situ, setiap produk keluaran Apple mempunyai awalan “i” yang merujuk kepada Internet. Ia tidak terhenti setakat itu kerana pada sebuah acara Apple yang berlangsung pada 1998, Steve Jobs menghuraikan lagi maksud awalan “i” kepada beberapa makna, seperti contoh…

  • Internet,
  • Individual (individu),
  • Instruct (mengarahkan),
  • Inform (maklumkan),
  • Inspire (memberi inspirasi).

Maksud Huruf “i” Pada Nama Produk Apple Dan Bagaimana Ia Bermula

Tetapi semakin Apple berkembang ke segmen pasaran yang lain, awalan “i” sudah mula tidak digunakan seperti contoh Apple Watch dan Apple TV.

Begitulah kisah disebalik huruf “i” yang menjadi simbolik kepada barangan Apple dan pada zaman kini maksud huruf itu tidak terhad kepada internet sahaja , tetapi mempunyai maksud yang lebih meluas.

Sumber: Apple Discussions, Phone Arena, Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY