Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR

Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR

Diterbitkan Oktober 19, 2022 · Dikemas kini Oktober 20, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut peniris maklumat Jon Prosser, iPhone SE generasi ke-4 dijangka hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti iPhone XR.

Berkaitan

  • iPhone SE Seterusnya Barangkali Bertubuhkan iPhone XR
  • Apple Naikkan Harga Jualan iPhone SE 2022 Untuk Pasaran Malaysia

Dalam video yang dikongsi melalui YouTube Front Page Tech, Prosser menyatakan Apple cenderung untuk menggunakan rekaan iPhone generasi sebelumnya untuk rekaan iPhone SE.

Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR

Berikutan itu, adalah tidak mustahil jika iPhone SE generasi ke-4 menggunakan rekaan iPhone XR, dengan mengambil kira rekaan iPhone SE pertama yang mengguna pakai rekaan iPhone 5S 2013, manakala iPhone SE generasi kedua dan ketiga adalah berdasarkan iPhone 8 yang dilancarkan pada 2017.

Dalam pada itu, Prosser juga menjangkakan iPhone SE generasi ke-4 akan dilengkapi paparan bertakuk dengan saiz 6.1-inci serta tiga pilihan warna iaitu Midnight, Starlight dan Product RED.

Bukan kali pertama, ura-ura sebelum ini turut menjangkakan iPhone SE 4 akan menggunakan rekaan iPhone XR.

Gambar utama: Front Page Tech

Sumber: FrontPage Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY