Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prestasi Cip Baharu Apple A15 Tertiris Di Geekbench

Prestasi Cip Baharu Apple A15 Tertiris Di Geekbench

Diterbitkan Februari 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Setiap cip pemproses baharu yang dikeluarkan, pasti akan diuji prestasinya di Geekbench sebagai penanda aras prestasi telefon pintar.

Terbaru, cip daripada Apple iaitu A15 yang akan menguasakan iPhone baharu tahun ini tertiris di Geekbench.

Ia didedahkan FrontTron yang mana beliau telah menguji sebanyak tiga kali menerusi Geekbench.

Hasil didapati skor untuk teras tunggal adalah 1724 sementara multi-teras adalah 4320.

A15 fronttron

Sebagai perbandingan, cip A14 untuk teras tunggal adalah 1606 sementara multi-teras adalah 4305.

Jika dilihat, prestasi teras tunggal menyaksikan peningkatan sebanyak 7% manakala multi-teras hanya 1% berbanding cip terdahulu.

Menurutnya lagi, cip A15 dengan kod nama T8110 ini menggunakan seni bina pemproses 5nm dari TSMC.

Untuk mengimbas kembali, prestasi cip 5nm ini akan memberikan peningkatan yang lebih baik iaitu 7% tetapi penggunaan tenaga lebih cekap iaitu 15%.

Perlu diingatkan, cip ini masih lagi prototaip yang dalam fasa percubaan. Kemungkinan skor ini akan berbeza dan mungkin lebih tinggi sebaik sahaja ia dilancarkan.

Sumber: MyDrivers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY