Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi TikTok Disekat Di India, Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun

Apple Turut Sama Menyertai Kegilaan Platfom TikTok

Diterbitkan April 24, 2020 oleh ariff bukhari

Apple sudah memiliki akaun rasmi TikTok.

Apple nampaknya tidak mahu ketinggalan menyertai kegilaan memiliki akaun TikTok. Akaun TikTok rasmi Apple itu boleh diakses menerusi @apple di laman sesawang TikTok atau aplikasi platfom sosial tersebut.

Walaubagaimanapun, setakat semakan yang dibuat, masih belum ada sebarang kandungan video yang dihasilkan Apple.

TikTok Apple
Semakin ramai pengguna mengikuti akaun TikTok Apple.

TikTok adalah platfom sosial perkongsian video pendek popular yang dibangunkan oleh firma dari China.

Sungguhpun penyelidik memberi amaran bahawa terdapat kelemahan ketara pada ciri keselamatan platfom tersebut, ia tetap menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

Untuk suku pertama tahun ini sahaja, aplikasi TikTok telah menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun pengguna setakat ini.

Malah TikTok menjadi aplikasi sosial paling banyak dimuat turun secara global ketika ini diikuti WhatsApp, Facebook, dan Instagram.

Menurut laporan oleh App Annie,  pengguna iOS di AS dan China adalah antara yang pengguna teramai yang menghabiskan masa mereka di platform itu.

Manakala bagi pengguna Android pula, pengguna di AS, Jepun, dan Korea Selatan adalah tiga negara terbesar yang paling banyak menggunakan platfom  tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY