Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Apple Tiru Kami”- Microsoft

“Apple Tiru Kami”- Microsoft

Diterbitkan Jun 18, 2017 · Dikemas kini Jun 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sekali lagi Apple dikaitkan dengan isu meniru rekaan dari pesaing mereka.

IPad Pro 2 yang telah dilancarkan pada awal bulan dikatakan meniru idea peranti 2-dalam-1 dari Microsoft, Surface.

Apabila anda melihat tablet yang boleh bertukar menjadi laptop, pastinya anda akan terfikir tentang Surface, betul?

” Kami telah mengkaji serta menyempurnakan produk 2-dalam-1 selama beberapa tahun, dan pada awal pelancaran Surface, semua orang seperti ragu-ragu termasuk mereka (Apple). Dan kemudian mereka mengikut, iPad Pro adalah contoh jelas.” ujar Pengurus Besar Microsoft Surface, Ryan Gavin.

Gavin turut menegaskan, apa yang menjadikan Surface terbaik adalah ia tidak meniru mana-mana produk Apple.

“Fikirkanlah, jika kita mengikut mereka (meniru Apple), kami tidak akan membuat produk seperti Surface Pro atau Surface Book”.

“Apple Tiru Kami”- Microsoft
iPad Pro 2

 

“Apple Tiru Kami”- Microsoft
Surface 5 Pro

Pada bulan April 2012 Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook, menjawab kepada persoalan penyelidik Anthony Sacconaghi tentang kebarangkalian iPad dan MacBook digabungkan menjadi 2-dalam-1 (hibrid), beliau mengibaratkan ia seperti gabungan “pembakar roti dan peti sejuk”, gabungan yang “tidak memudahkan sesiapa”.

Sumber: Cnet, Wikipedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY