Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18_credit MacRumors

Apple Seru Pembangun Optimumkan Aplikasi Bagi iOS 18

Diterbitkan September 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Apple kini secara rasmi mengajak para pembangun untuk menghantar aplikasi yang serasi dengan iOS 18 ke App Store, sebagai persediaan sebelum pelancaran rasmi pada 17 September 2024.

Langkah ini menyusul selepas acara “It’s Glowtime” di mana Apple turut mengeluarkan versi RC (versi akhir dan stabil kepada pengguna beta) untuk iOS 18, watchOS 11, dan macOS 15 kepada pembangun.

Versi penuh sistem operasi ini dijangka akan tersedia kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Dengan pelancaran ini, Apple menyarankan pembangun untuk mengoptimumkan aplikasi mereka agar dapat memanfaatkan ciri-ciri baharu seperti Apple Intelligence, alat penyesuaian Home Screen yang lebih baik, serta Control Center yang direka semula.

Selain itu, pembangun aplikasi Apple Watch juga digalakkan untuk menambah ciri-ciri seperti Live Activities dan Double Tap dalam aplikasi mereka.

iOS 18 menawarkan beberapa fungsi baharu seperti Home Screen dan Control Center yang boleh disesuaikan, aplikasi passwords dan juga ciri Apple Intelligence.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • HUAWEI MateBook D 14 2024 Akan Tiba Di Malaysia, Dipacu Intel Core Gen-13
  • Pelan Google One Lite Kini Tersedia Di Beberapa Negara, Harga Lebih Mampu Milik
  • Malaysia Teroka Teknologi UAV Dengan Kerjasama China
  • Rakyat Malaysia Ke UK Perlu Mohon ETA Mulai Januari 2025
  • Sistem e-Sisa Untuk Kenal Pasti Lokasi Berisiko Jadi Tempat Pembuangan Sisa

Sumber : wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY