Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI MATEBOOK D 14 2024

HUAWEI MateBook D 14 2024 Akan Tiba Di Malaysia, Dipacu Intel Core Gen-13

Diterbitkan September 2, 2024 · Dikemas kini September 2, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei hari ini memaklumkan bahawa model komputer riba terbaru HUAWEI MateBook D 14 2024 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Dengan spesifikasi yang dinaik taraf, ia kini dipacu oleh cip pemproses Intel Core Gen-13.

Ia dilengkapi paparan 14 inci (nisbah 16:10) dengan ciri HUAWEI FullView Display yang dapat mengurangkan cahaya biru dan kelipan untuk mengurangkan ketegangan mata semasa penggunaan panjang.

Ia juga adalah sebuah komputer riba nipis dan ringan gengan ketebalan hanya 15.9mm dan berat kira-kira 1.39kg sahaja.

Walaupun tidak mendedahkan harga rasminya, tetapi sebagai rujukan anda, model terdahulunya iaitu HUAWEI MateBook D 14 2023 dengan cip Intel Core Gen-12 (16GB+512GB) dijual pada harga RM3,199.

HUAWEI MateBook D 14 2024 sudah pun tersedia untuk prapesanan sejak 30 Ogos lepas sehingga 7 September 2024 di laman sesawang rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada.

Sumber: Siaran media HUAWEI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • (Ulasan) HUAWEI MateBook X Pro - Hanya Untuk Yang 'Layak' Sahaja
  • Ulasan ASUS Vivobook S16 OLED (M5606) - Skrin Dah 'Power', Tapi Prestasi Windows 11 Pula Mengganggu
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY