Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple security

Apple Saman Bekas Pekerja Bocorkan Rahsia Dan Cuba ‘Matikan’ Produk Yang Dia Tidak Suka

Diterbitkan Mac 29, 2024 oleh ariff bukhari

Apple bertindak menyaman seorang bekas pekerjanya kerana didakwa membocorkan rahsia syarikat kepada wartawan sebagai usaha menekan Apple untuk meninggalkan projek tertentu.

Andrew Aude, bekas jurutera perisian iOS didakwa membocorkan maklumat “supaya dia boleh ‘membunuh’ produk dan ciri yang dia ada isu dengannya.”

Itu termasuk berkongsi butiran tentang set kepala VR Vision Pro Apple yang dirahsiakan ketika itu dengan pekerja bukan syarikat pada tahun 2020.

Menurut tuntutan mahkamah Apple, yang difailkan di Mahkamah Tinggi California, syarikat itu menangkap Aude membocorkan maklumat itu melalui iPhone milik syarikat.

Tuntutan itu juga mengandungi tangkapan skrin teks yang didakwa dihantarnya kepada wartawan Wall Street Journal. “Tidak sabar menunggu huru-hara berlaku sebelum orang korporat Apple bangun,” kata Aude pada satu mesej yang didakwa dihantarnya.

Aude mula bekerja di Apple pada 2016 dahulu selepas dia menamatkan pengajian dari kolej.

Semasa berkhidmat di syarikat itu, dia didakwa menghabiskan 5 tahun membocorkan butiran “kira-kira lebih daripada setengah dozen polisi dan produk Apple yang berbeza.”

Ini termasuk menghantar mesej kepada wartawan WSJ lebih 1,400 kali antara Jun dan September 2023, dan menghantar wartawan lain di The Information lebih 10,000 mesej teks.

Walaupun Aude menafikan sebarang penglibatan, tuntutan mahkamah itu mendakwa dia berpura-pura terpaksa pergi ke bilik air, dan segera mula memadamkan maklumat dari iPhone tersebut.

Tuntutan itu turut mencadangkan Aude berada di belakang cerita WSJ tentang aplikasi Journal untuk iOS dan laporan lain tentang keputusan syarikat untuk menyekat pekerja daripada menggunakan ChatGPT.

Apple berkata mereka akhirnya mendedahkan aktiviti Aude pada musim gugur lalu, walaupun dia menggunakan aplikasi pemesejan yang disulitkan Signal.

Bagaimana syarikat itu berbuat demikian tidak jelas, tetapi dalam tuntutan mahkamah, Apple berkata ia bertemu dengannya pada bulan November untuk membincangkan peranannya dalam kebocoran itu.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY