Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sim Teltarif

Apple Sahkan Pepijat ‘Kad Sim Tidak Disokong’ Pada iPhone 14

Diterbitkan Oktober 17, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini mengesahkan satu lagi pepijat pada iOS 16 yang berkaitan data selular dan sokongan kad SIM pada iPhone 14.

Menurut MacRumors, Apple mengakui beberapa pengguna bagi model iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan melihat paparan mesej “SIM Not Supported” muncul pada peranti mereka. Selepas paparan mesej tersebut, iPhone mungkin mengalami masalah freeze atau tidak berfungsi sepenuhnya.

Berkaitan

  • iPhone 14 Dilapor Secara Automatik Buat Panggilan Kecemasan Ketika Naiki Roller Coaster
  • iOS 16.0.3 Sedia Untuk Dikemas Kini Bagi Pembetulan Pepijat Dan Keselamatan
  • Ini Cara Ubah Paparan Notifikasi iPhone Pada iOS 16

Apple menyatakan pihaknya sedang menyiasat isu tersebut dan memaklumkan ia bukan masalah perkakasan, sambil menambah bahawa pengguna perlu memastikan perisian mereka dikemas kini.

Dalam tempoh tersebut, Apple menyarankan pengguna iPhone 14 menunggu beberapa minit untuk melihat sama ada mesej tersebut akan hilang. Jika tidak, pengguna tidak perlu untuk memulihkan (restore) peranti. Sebaliknya, peranti yang terjejas perlu dibawa ke Apple Store atau pembekal perkhidmatan, untuk membuat permintaan bantuan teknikal bagi menyelesaikan isu tersebut.

Gambar utama: Teltarif

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY