Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Cara Ubah Paparan Notifikasi iPhone Pada iOS 16

Ini Cara Ubah Paparan Notifikasi iPhone Pada iOS 16

Diterbitkan Oktober 11, 2022 · Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui pelancaran iOS 16, Apple telah membawakan sejumlah ciri baharu. Antaranya termasuk paparan notifikasi pada skrin kunci (Lock Screen) iPhone, yang kini tidak lagi keluar di tengah-tengah skrin.

Sebaliknya, ia diletakkan di bahagian bawah skrin, yang menjadikan notifikasi muncul daripada bawah dan perlu ditatal ke atas untuk melihat semua notifikasi.

Berkaitan

  • Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16
  • Cara Paparkan Peratusan Bateri Pada 'Lock Screen' Di iOS 16
  • Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16
  • Aplikasi Gmail, News, Drive Kini Hadir Dengan Widget Di iOS 16

Bagaimanapun, mungkin ada di antara pengguna yang tidak menggemari ciri “Stack” atau timbunan ini. Berikutan itu, disediakan cara mudah untuk mengubah paparan notifikasi iPhone pada iOS 16.

1. Pergi ke Settings dan tekan pada “Notifications”.

stack list count

2. Seterusnya, di bahagian “Display as” terdapat tiga mod tetapan paparan notifikasi.

  • Stack – paparan notifikasi secara menimbun, yang akan keluar apabila ditekan pada notifikasi.
  • List – Paparan notifikasi dalam format klasik iaitu disusun dalam senarai menegak ke bawah skrin.
  • Count – Hanya memaparkan bilangan pemberitahuan, yang mana akan muncul paparan notifikasi apabila ditekan pada nombor.

3. Sebagai contoh, untuk menetapkan senarai notifikasi secara menegak, pilih “List” sebagai default. 

Selesai. Berbanding menimbun atau stack, notifikasi kini akan dipaparkan dalam senarai menegak. Sementara itu, untuk melihat paparan semua notifikasi, pengguna perlu menatal ke atas skrin.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY