Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Tim Cook_AFP

Apple Pertimbang Bina Kilang Pembuatan Di Indonesia

Diterbitkan April 18, 2024 oleh Amalina Athman

CEO Apple, Tim Cook berkata syarikat itu akan mempertimbangkan potensi untuk membina kemudahan pembuatan di Indonesia. 

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Samsung Pintas Apple Terajui Telefon Pintar Dunia Dengan Huawei Bangkit Semula

Dalam pertemuan pada Rabu, Cook menjawab permintaan Presiden Indonesia Joko Widodo, berkata Apple akan melihat kebolehlaksanaan pembuatan di negara itu. Menurut Cook,

We talked about the president’s desire to see manufacturing in the country, and it is something that we will look at, 

Untuk pengetahuan, Apple tidak mempunyai kemudahan pembuatan di Indonesia. Akan tetapi, sejak 2018 syarikat itu telah menubuhkan akademi pembangun aplikasi, termasuk akademi baharu di Bali dengan kos keseluruhan sebanyak 1.6 trilion rupiah (~RM473.34 juta).

Pertemuan itu diadakan sejurus selepas sesi lawatan Cook ke Vietnam, di mana beliau bertemu dengan Perdana Menteri Pham Minh Chinh. Di Hanoi, Cook menyatakan rancangan untuk mengukuhkan pelaburan Apple dan meningkatkan perbelanjaan dengan pembekal tempatan, serta komitmen syarikat untuk meningkatkan kehadirannya di rantau ini.

Langkah Apple ini dilihat sebagai strategi berterusan untuk mempelbagaikan rantaian bekalannya dalam menghadapi ketegangan geopolitik, kelembapan ekonomi dan risiko lain.

Dengan peralihan pengeluaran telah dibuka di Vietnam dan India, Apple telah mengurangkan kebergantungan terhadap pembuatan di China, yang kebanyakannya dikendalikan oleh Foxconn.

Sumber: South China Morning Post, MacRumors

Gambar utama: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY