Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple AirPods

Apple Tawar AirPods Percuma Untuk Pembelian Mac/iPad, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini kembali dengan Higher Education Offer 2023, yang menawarkan AirPods generasi kedua secara percuma untuk pembelian Mac atau iPad terpilih dalam pelan Education.

Berkaitan

  • Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya
  • 2 Perkhidmatan Kewangan Apple Ini Mungkin Dilancarkan Tahun Ini

Bagi yang belum tahu, Apple menawarkan harga pendidikan untuk pelajar kolej atau universiti, guru, pensyarah serta kakitangan institusi pendidikan.

Berikut dinyatakan maklumat lebih lanjut mengenai tawaran AirPods percuma untuk pembelian Mac atau iPad terpilih.

Tempoh Promosi

Tawaran sah untuk pembelian produk Apple terpilih dari 2 Februari hingga 13 Mac 2023.

Lokasi Pembelian

Pembelian boleh dilakukan melalui Apple Store for Education Individuals atau dengan menghubungi talian 1800-80-6419. Perlu diketahui, hanya pembelian dan penghantaran dalam Malaysia sahaja yang layak menerima tawaran promosi ini.

Senarai Produk Terpilih

Berikut adalah senarai produk terpilih yang layak menerima AirPods generasi ke-2 secara percuma dalam satu transaksi pembelian produk di bawah:

Mac

  • iMac 24-inci
  • MacBook Pro
  • MacBook Air

iPad

  • iPad Pro 12.9-inci
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Air

Sebagai pilihan lain, anda juga boleh menggantikannya kepada Airpods (generasi ke-3) bersama Lightning atau MagSafe Charging Case serta AirPods Pro dengan diskaun pembelian RM629.

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui pautan ini.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY