Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unnamed (3)

Apple Patenkan MacBook Yang Boleh Mengecas iPhone dan Apple Watch Tanpa Wayar

Diterbitkan Januari 6, 2021 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan telah memfailkan paten yang membolehkan MacBook dan iPad mempunyai keupayaan untuk mengecas peranti lain secara tanpa wayar.

Menerusi paten tersebut, ia menggariskan bagaimana peranti Apple termasuk Apple Watch, iPhone, iPad dan MacBook boleh menggunakan ekosistem pengecasan tanpa wayar.

MacBook Apple Watch iPhone

Imej paten berkenaan menunjukkan kedudukan gegelung (coil) pengecasan induktif yang berbeza untuk pelbagai peranti Apple bagi memudahkan sistem ini. Sebagai contoh, penutup MacBook yang mengandungi gegelung pengecasan induktif boleh mengecas iPhone dan Apple Watch apabila diletakkan pada bahagian itu.

MacBook Apple Watch iPhone

Selain pengecasan berbalik, paten ini turut mencadangkan kesemua peranti boleh dicas pada masa yang sama dengan menggunakan satu sumber kuasa. Dalam erti kata lain, MacBook dicas menggunakan satu sumber kuasa, dan dalam masa yang sama ia melakukan pengecasan tanpa wayar bagi peranti lain yang diletakkan di atasnya.

Walaupun begitu, paten ini hanya dapat dijadikan bukti dari apa yang dikaji oleh Apple dan tidak semestinya akan dikomersialkan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY