Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jabatan Kehakiman AS Saman Apple, Dakwa ‘Monopoli’ iPhone

Jabatan Kehakiman AS Saman Apple, Dakwa ‘Monopoli’ iPhone

Diterbitkan Mac 21, 2024 · Dikemas kini Mac 22, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan 16 peguam negara memfailkan saman terhadap Apple, kerana mendakwa pengeluar iPhone itu telah melanggar undang-undang antimonopoli dengan menghalang pesaing daripada mengakses ciri perkakasan dan perisian pada peranti popularnya.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Apple Dilapor 'Intai' Google Gemini Untuk Ciri AI Generatif iPhone
  • Tak Perlu Padam Gambar, Apple Kata Storan iPhone 15 Dah Cukup Besar

Dalam saman yang difailkan, DOJ mendakwa gergasi teknologi itu menyekat pembangun perisian dan syarikat permainan mudah alih daripada menawarkan pilihan yang lebih baik pada iPhone, menyebabkan harga yang lebih tinggi untuk pengguna.

Jabatan Kehakiman AS Saman Apple, Dakwa ‘Monopoli’ iPhone

Selain itu, Apple “secara selektif” didakwa mengenakan sekatan kontrak terhadap pembangun melalui kawalan pengedaran aplikasi dan proses semakan aplikasinya, serta akses APIs.

Tuntutan itu juga mengatakan bahawa Apple menyukarkan pengguna untuk beralih kepada peranti yang tidak menggunakan sistem operasi Apple, seperti telefon pintar Android.

Pengguna tak sepatutnya bayar harga tinggi

Dalam satu kenyataan, Peguam Negara AS Merrick Garland berkata pengguna tidak sepatutnya membayar harga yang lebih tinggi kerana syarikat itu telah melanggar undang-undang persaingan.

If left unchallenged, Apple will only continue to strengthen its smartphone monopoly.

Tambahnya, Apple akan terus mengukuhkan monopoli pasaran telefon pintar sekiranya tiada tindakan diambil.

Respons Apple

Dalam satu kenyataan kepada TechCrunch, Apple berkata tuntutan mahkamah itu mengancam identitinya dan sekiranya berjaya, saman sedemikian akan menghalang keupayaannya untuk bersaing dalam pasaran telefon pintar.

This lawsuit threatens who we are and the principles that set Apple products apart in fiercely competitive markets. If successful, it would hinder our ability to create the kind of technology people expect from Apple—where hardware, software, and services intersect. 

Apple menegaskan bahawa ia tidak bersetuju dengan tuntutan itu dan akan “bersungguh-sungguh” mempertahankannya.

Sumber: CNBC, TechCrunch

Gambar utama: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
©2026 WISER.MY