Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mula Menguji Laman iCloud Dengan Antara Muka Baharu

Apple Mula Menguji Laman iCloud Dengan Antara Muka Baharu

Diterbitkan Oktober 28, 2022 · Dikemas kini Oktober 28, 2022 oleh Amalina Athman

Apple telah memperkenalkan antara muka baharu di laman iCloud, yang kini tersedia dalam versi beta melalui laman ujian beta.icloud.com.

Berkaitan

  • Cara 'Restore' Kenalan iPhone Dari iCloud
  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1

Berbanding laman iCloud sedia ada, antara muka iCloud baharu ini menampilkan rekaan lebih cantik dan akses aplikasi yang lebih mudah, dengan pratonton Photos, Mail, iCloud Drive, Notes dan banyak lagi. Apple juga telah mengubah suai toolbar dan lokasi butang yang lebih diperkemas.

Apple Mula Menguji Laman iCloud Dengan Antara Muka Baharu

Tidak hanya itu, pengguna juga mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan halaman utama. Melalui butang “Customize Home Page”, pengguna boleh menambah dan menyusun tile atau aplikasi pada halaman utama dengan dua saiz berbeza.

Apple Mula Menguji Laman iCloud Dengan Antara Muka Baharu

Bagi memudahkan pengguna mengakses tetapan pada bahagian tertentu, Apple mengubah suai dengan pembahagian mengikut pelan iCloud, baki storan iCloud, ciri-ciri iCloud+, pemulihan data dan tetapan iCloud.

Apple Mula Menguji Laman iCloud Dengan Antara Muka Baharu

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai bila Apple akan melancarkan antara muka iCloud baharu ini secara umum. Bagaimanapun, pengguna boleh mencuba antara muka iCloud baharu ini yang tersedia dengan versi beta melalui laman beta.icloud.com.

Jika sudah mencuba, apa pendapat anda mengenainya? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
©2026 WISER.MY