Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Pencil Baharu Diperkenal Dengan Port USB-C Tersembunyi, Harga Mampu Milik

Apple Pencil Baharu Diperkenal Dengan Port USB-C Tersembunyi, Harga Mampu Milik

Diterbitkan Oktober 17, 2023 · Dikemas kini Oktober 17, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan model Apple Pencil baharu yang dilengkapi port USB-C.

Berkaitan

  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya
  • Apple Kelak Boleh Kemas Kini iPhone Baharu Tanpa Perlu Buka Kotak

‌Apple Pencil‌ (USB-C) merupakan model lebih mampu milik berbanding Apple Pencil generasi pertama dan kedua. Dengan kemasan matte, ia dilengkapi port USB-C yang tersembunyi di sebalik sliding cap, membolehkan pengguna mengecas atau menyambungnya melalui kabel USB-C.

Apple Pencil Baharu Diperkenal Dengan Port USB-C Tersembunyi, Harga Mampu Milik

Apabila dilekatkan secara magnetik pada iPad untuk penyimpanan, Apple Pencil ini akan ditetapkan dalam mod sleep untuk mengekalkan hayat bateri.

Apple Pencil Baharu Diperkenal Dengan Port USB-C Tersembunyi, Harga Mampu Milik

Kekurangannya, ia tidak ditawarkan dengan ciri sensitiviti tekanan, dua kali tap untuk tukar tools, ukiran percuma dan tiada sokongan pemasangan dan pengecasan secara wayarles.

Apple Pencil Baharu Diperkenal Dengan Port USB-C Tersembunyi, Harga Mampu Milik

Akan tetapi, ia menyokong Apple Pencil hover pada iPad Pro, sama seperti yang ditawarkan untuk Apple Pencil generasi ke-2.

Peranti ini serasi dengan semua model iPad yang dilengkapi port USB-C. Apple Pencil (USB-C) berharga RM399 dan dijangka akan tersedia bermula awal November.

  • Beli peranti Apple di Shopee: https://invl.io/clk2wgq
  • Beli peranti Apple di Lazada: https://invol.co/clk2wgw

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY