Apple Patenkan Sistem Kamera Baru Untuk iPhone

Tidak dinafikan rakaman foto yang terhasil melalui kamera iPhone adalah sangat baik.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan kamera peranti, sesetengah pengguna menggunakan lensa tambahan yang dipasang pada bahagian belakang.

Kendatipun begitu, kamera iPhone tidaklah seperti DSLR yang dibangunkan dengan rekaan yang boleh mengoptimumkan sebarang pertukaran lensa.



Lensa tambahan seperti sudut luas, telefoto, macro dan juga fisheye banyak digunakan pada iPhone tetapi apabila diteliti, kualiti imej terhasil berkurangan.

Menyedari permasalahan itu, Apple telah memfailkan paten sistem kamera yang akan mengenal pasti kehadiran lensa tambahan pada kamera mereka.

Seterusnya, ia akan melaras serta memperbetulkan sebarang masalah yang merendahkan kualiti imej.

Sistem terbabit akan mengesan penggunaan lensa tambahan sama ada dengan teknologi pengesanan ataupun melalui analisa gambar yang dirakam.

Pemfailan teknologi baru ini dibuat Apple menerusi United States Patent and Trademark Office (USPTO) bertarikh 24 Julai 2018. Pemfailan paten merupakan perkara normal bagi sesebuah syarikat teknologi dimana ia mungkin akan dilaksanakan dimasa hadapan ataupun sekadar dipatenkan sahaja.

Sumber: CDR Info