Orientasi potrait atau landskap bagi sesuatu peranti yang ada pada masa kini ditentukan dengan menggunakan accelerometer atau sensor lain yang menentukan kedudukan peranti berdasarkan graviti. Bagaimanapun, ia mungkin tidak berfungsi dengan sempurna kerana pengguna terpaksa menggerakkan peranti untuk mendapatkan paparan kandungan dalam orientasi yang dimahukan.
Dengan itu, imbasan Face ID mungkin dapat menyelesaikan isu ini, dimana paten ini menerangkan kedudukan wajah pengguna akan dikesan dan secara automatik akan menukar orientasi skrin iPhone atau iPad kepada potrait atau landskap jika perlu.
Jika ciri ini didatangkan pada peranti iPhone atau iPad akan datang, ia mungkin dapat mengurangkan keperluan untuk mengaktifkan Portrait Orientation Lock.
Paten ini telah difailkan sejak September 2018 dan diterbitkan pada 2 April 2020. Walau bagaimanapun, untuk melihat sama ada ciri ini digunakan pada iPhone dan iPad mungkin memerlukan masa beberapa tahun lagi.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Imej Komputer Didedahkan, Mungkin Ini Rekaan iPhone 15
- Ming-Chi Kuo: Beberapa Model iPhone 2022 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Paparan Berlubang
- Ini Mungkin Gambaran Awal Rekaan iPhone 16
- Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar
- 'YouTuber' Dari China DIY iPhone Jadi Peranti Boleh Lipat
- Apple 'Borong' Hampir 90% Kapasiti Cip 3nm TSMC Untuk Tahun Ini
- Apple Keluarkan Iklan Raya Dengan Fokus Ciri Face ID
- Apple Perlihat Emoji Baharu Yang Akan Hadir Pada iOS 14
- Belum Lagi Dilancar, Klon iPhone 14 Pro Sudah Mula Dijual Di China
- iPhone 12 mini Diumumkan - iPhone 12 Paling Mampu Milik, Harga Bermula RM3399