Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip 3nm_WccfTech

Apple ‘Borong’ Hampir 90% Kapasiti Cip 3nm TSMC Untuk Tahun Ini

Diterbitkan Mei 15, 2023 · Dikemas kini Mei 15, 2023 oleh Amalina Athman

Memetik laporan DigiTimes, Apple telah menempah hampir 90% daripada kapasiti cip 3nm generasi pertama TSMC untuk tahun ini, yang akan digunakan pada iPhone, Mac dan iPad.

Berkaitan

  • EU Tak Benar Apple Hadkan Kelajuan USB-C Pada iPhone Kelak
  • Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
  • Pembangun Raih Lebih RM4.4 Juta Menerusi Apple App Store Tahun 2022 Lalu

Menurut jangkaan, model iPhone 15 Pro kelak akan dimuatkan dengan cip A17 Bionic, iaitu cip yang berasaskan pemproses 3nm generasi pertama TSMC, yang juga dikenali sebagai N3B.

Teknologi 3nm ini dikatakan mampu memberikan peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 35% dan prestasi 15% lebih pantas berbanding 4nm, yang diguna bagi menghasilkan cip A16 Bionic untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max.

Cip M3 untuk Mac dan iPad juga dijangka akan menggunakan pemproses 3nm, dengan jangkaan akan disertakan pada MacBook Air 13-inci yang dikemas kini dan iMac 24-inci, yang kedua-duanya kemungkinan akan hadir akhir tahun ini.

Selain N3B, TSMC juga sedang membangunkan proses 3nm yang dipertingkat atau dikenali N3E. Peranti Apple dengan cip N3E dijangka akan memasuki pengeluaran komersial pada separuh kedua 2023, tetapi penghantaran sebenar tidak akan meningkat sehingga 2024.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY