Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paten Airpods Touchscreen

Apple Paten ‘Case’ AirPods Dengan Paparan Skrin Sentuh Terbina

Diterbitkan April 4, 2023 · Dikemas kini April 4, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor telah mempatenkan case atau kerangka AirPods dengan paparan skrin sentuh terbina, yang membolehkan pengguna mengawal audio dan berinteraksi dengan aplikasi yang disambungkan.

Berkaitan

  • Apple Dikatakan Dalam Usaha Untuk Lancar AirPods Bajet
  • Bukan Tahun Ini, AirPods Max Generasi Kedua Dijangka Hadir Seawal Tahun 2024
  • Dua Tahun Lagi, Model Standard iPhone Dijangka Hadir Dengan ProMotion 120Hz

Paten yang difailkan pada September 2021 dan diterbitkan pada minggu lalu oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S, memperincikan dengan jelas reka bentuk paparan dengan skrin sentuh terbina. Dalam paten tersebut, ia menyatakan keupayaan dan kawalan pengguna ke atas kerangka AirPods boleh dipertingkatkan.

Seperti sedia maklum, ketika ini pengguna boleh mengawal kelantangan suara atau main balik muzik hanya melalui putik telinga. Dengan paten sedemikian, pengguna kelak mempunyai pilihan untuk mengawal ciri-ciri tersebut melalui skrin sentuh pada kerangka AirPods.

Airpods Touchscreen_1

Selain itu, paten berkenaan turut menerangkan kerangka itu boleh dimuatkan dengan pemproses dan modul memori tambahan yang membolehkan ia menjalankan arahan khusus dengan telefon pintar, komputer atau sambungan peranti yang lain.

Sebagai contoh, ia menggambarkan kerangka tersebut menyediakan akses interaktif kepada aplikasi iPhone seperti Mail, Messages, Camera, Calendar, Weather, Maps dan lain-lain.

Airpods Touchscreen_2

Dengan mengintegrasikan paparan skrin sentuh interaktif sedemikian rupa, kekurangan yang berkaitan dengan kawalan pengguna ke atas fon telinga wayarles mungkin dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Seperti mana-mana paten yang difailkan, teknologi kerangka AirPods dengan skrin sentuh mungkin tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Namun, sekurang-kurangnya ia memperlihatkan Apple mempunyai perancangan ke arah itu.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: GamingDeputy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY