Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirPods Max

Bukan Tahun Ini, AirPods Max Generasi Kedua Dijangka Hadir Seawal Tahun 2024

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Apple sebelum ini dikatakan sedang membuat versi AirPods yang bersesuaian dengan harga yang berpatutan.

Selain daripada pelan pengeluaran model yang mampu milik ini, Apple juga bercadang untuk mengeluarkan AirPods Max generasi kedua.

AirPods Max Pengeluaran bagi kedua-dua peranti ini dijangka akan keluar seawal-awalnya selepas pertengahan 2024 atau awal pertengahan 2025.

Menurut penganalisis rantaian bekalan Apple, Ming-Chi Kuo, AirPods siri ini akan keluar dengan harga sekitar $99(∼RM432).

Buat masa ini, pilihan yang paling murah adalah AirPods generasi kedua dengan harga RM629. Untuk generasi ketiga pula berharga RM829 dengan bekas pengecasan Lightning dan RM879 untuk bekas pengecasan MagSafe.

Ini bukan kali pertama pelan AirPods mampu milik dinyatakan dan masih tiada sebarang maklumat lanjut dapat dikongsikan oleh penganalisis tersebut.

Berkaitan

  • Belum Keluar iPhone 15, Ura-Ura Kata iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi Face ID Bawah Skrin
  • Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island
  • MacBook Pro Dengan Skrin Sentuh Mungkin Hadir Seawal 2025
  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
  • MacBook Berskrin OLED Mungkin Seawal 2024

AirPods Max merupakan fon kepala yang dikeluarkan pada Disember 2020 dengan ciri ANC berharga RM2,499.

Pelbagai ciri yang perlu dititikberatkan oleh Apple bagi generasi kedua ini seperti menaik taraf ciri ANC, jangka hayat bateri yang lebih panjang dan sebagainya.

Sumber: MacRumors

Gambar Utama: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY