Seramik pernah digunakan pada model Apple Watch terdahulu.
Daripada aset kemas kini yang terdapat di dalam watchOS 6 versi beta yang dilepaskan baru-baru ini, Apple turut memuatkan imej dan video pendek yang memberi gambaran mereka akan perkenalkan model jam pintar premium Apple Watch yang diperbuat daripada seramik dan titanium.
Sebelum ini Apple memang pernah menggunakan seramik pada model Apple Watch Sport 2 dan Apple Watch 3 (selular). Tetapi kedua-dua model ini hanya menggunakan seramik pada bahagian belakangnya sahaja.
Manakala titanium sudah digunakan pada Apple Card. Apple kini dilihat cuba meluaskan penggunaan 2 bahan premium ini pada salah satu produk paling laris mereka bagi ditawarkan kepada pengguna.
Cuma buat masa ini masih belum jelas pada model Apple Watch manakah yang akan menggunakan seramik dan titanium ini iaitu sama ada pada model Apple Watch 4 yang sedia ada atau untuk model terbaru Apple Watch 5 yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.
Sumber: iLounge
Berkaitan
- 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
- Apple Mungkin Perkenalkan Model iPhone Pro Tahun Ini
- Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023
- Apple Store Kedua Bakal Di Buka Di Taiwan
- Pulangkan Segera 'Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter' Kepada Apple
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS Dan iPadOS 13.1.1
- Apple Watch Gen-1 Kini Produk Usang, Tapi Berpotensi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
- Kedudukan Tunai Di Tangan Apple Menyusut Kepada USD102 Bilion
- Apple Melancarkan iPad Terbaru Dengan Cip Apple 13 Bionic
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2