Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kedudukan Tunai Di Tangan Apple Menyusut Kepada USD102 Bilion

Kedudukan Tunai Di Tangan Apple Menyusut Kepada USD102 Bilion

Diterbitkan Ogos 2, 2019 · Dikemas kini Ogos 2, 2019 oleh ariff bukhari

Alphabet memintas kedudukan yang dipegang Apple sejak lebih 10 tahun lalu.

Apple dalam pembentangan laporan kedudukan kewangan mereka bagi suku ke-3 tahun 2019 memaklumkan bahawa jumlah tunai di tangan yang ada pada mereka ketika ini adalah sebanyak USD102 bilion.

Berikutan itu, Apple yang sebelum ini memegang status sebagai syarikat dengan tunai di tangan yang tertinggi sejak 10 tahun lalu kini dipintas oleh syarikat Aplhabet, firma perkhidmatan internet yang dimiliki Google.

Kedudukan Tunai Di Tangan Apple Menyusut Kepada USD102 Bilion
Alphabet dikatakan memegang tunai di tangan sebanyak USD117 bilion.

Didesak belanjakan wang

Kedua-dua firma teknologi utama dunia ini sebelum ini telah didesak oleh para pelabur mereka supaya tidak menyimpan tunai di tangan dalam jumlah yang terlalu besar.

Mereka mendesak supaya tunai yang dipegang syarikat itu supaya tidak dibazirkan dengan menyimpannya sahaja. Mereka mahukan tunai tersebut dibelanjakan untuk pelbagai perkara yang lebih menguntungkan seperti membelanjakan di pasaran saham, membayar dividen kepada para pemegang saham syarikat atau meningkatkan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan.

Respon terhadap kritikan cara mereka menguruskan kewangannya, Apple telah membelanjakan tunai di tangan mereka dengan membayar dividen kepada para pemegang saham syarikat dalam tempoh 18 bulan lalu. Mereka juga telah meningkatkan sebanyak 15% perbelanjaan untuk bahagian penyelidikan dan pembangunan.

Sebaliknya, Alphabet masih menyekat keluar aliran tunai di tangan mereka dan hanya membelanjakan tunai tersebut dengan membeli pelbagai pejabat bagi operasi Google yang baru di Bandar New York serta membina pusat data baru untuk servis perniagaan storan awan mereka.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY