Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2

Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2

Diterbitkan Jun 11, 2019 · Dikemas kini Jun 11, 2019 oleh ariff bukhari

Kemas kini ini hanya untuk peranti iPhone 8 Plus sahaja.

Apple pada awal pagi ini telah melepaskan kemas kini terbaru iOS 12.3.2 khusus kepada pengguna iPhone 8 Plus sahaja. Versi iOS 12.3.2 ini adalah bagi memperbetulkan ciri mod potret pada iPhone 8 Plus.

Menurut Apple, versi iOS sebelum ini mungkin boleh menyebabkan aplikasi Camera pada iPhone tersebut tidak mengaktifkan efek “depth” apabila pengguna mengambil gambar menggunakan mod potret. Jadi iOS 12.3.2 ini adalah bagi menangani isu tersebut.

Berikut adalah model iPhone 8 Plus yang terjejas dengan isu ini:-

  • iPhone 8 Plus (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,2)
  • iPhone 8 Plus (GSM/LTE) (iPhone10,5)

Jadi bagi pengguna iPhone 8 Plus, anda bolehlah mengemas kini peranti anda itu terus dari peranti tersebut yang boleh dibuat menerusi Settings, pilih General dan pilih Software Update.

Atau anda juga boleh memuat turun fail kemas kini tersebut secara OTA (“Over-The-Air“) bagi model iPhone 8 Plus (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,2) Download dan iPhone 8 Plus (GSM/LTE) (iPhone10,5) Download menerusi pautan yang diberikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY