Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pulangkan Segera ‘Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter’ Kepada Apple

Pulangkan Segera ‘Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter’ Kepada Apple

Diterbitkan April 27, 2019 · Dikemas kini April 28, 2019 oleh ariff bukhari

Plag dinding tersebut merbahaya kepada anda.

Sekiranya anda memiliki dan menggunakan plag dinding tiga serampang Apple ini (Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter), segeralah pulangkannya semula kepada Apple.

Ini kerana Apple telah melancarkan program penarikan plag tersebut berikutan penemuan kecacatan rekaan padanya.

Apple menyatakan mereka mengenal pasti kes yang sangat jarang berlaku seperti ini di mana, didapati plag tersebut mungkin akan rosak dan mengakibatkan kejutan elektrik sekiranya bahagian besi aksesori tersebut disentuh pengguna. Turut dinyatakan juga, syarikat itu sudah maklum dengan enam kes yang sudah berlaku diseluruh dunia.

Pulangkan Segera ‘Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter’ Kepada Apple
Kredit imej: Apple

Plag yang terlibat ini dipasarkan dari tahun 2003 hingga 2010 di mana ia ada didatangkan sekali bersama komputer Mac, sesetengah peranti iOS terdahulu serta aksesori Apple World Travel Adapter Kit.

Jadi sekiranya anda memiliki aksesori tersebut, bolehlah menghantarnya ke pusat servis sah Apple berdekatan anda untuk digantikan dengan yang baru.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY