Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Akan Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Apple Mungkin Akan Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Diterbitkan April 20, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti kita tahu, selama ini pihak Apple Inc. sentiasa mengeluarkan peranti yang berspesifikasi tinggi, reka bentuk yang menarik namun pada harga yang agak mahal. Namun, dua model iPhone yang bersaiz lebih besar dengan harga yang lebih murah mungkin akan dikeluarkan pada masa akan datang. Menurut sumber, perkara ini dilaporkan oleh Ming-Chi Kuo, satu sumber yang boleh dipercayai apabila bercakap soal ura-ura berkenaan produk Apple.

Apple Mungkin Akan Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Kuo menyatakan bahawa peranti iPhone tersebut bakal mengguna skrin bersaiz 6.1 inci dan apa yang menariknya ialah salah satu dari peranti tersebut akan menyokong fungsi dua kad sim. Salah satu faktor yang dijangka akan dapat mengurangkan harga peranti ini berbanding model iPhone yang lain ialah peranti ini diberitakan bakal menggunakan skrin paparan LCD, berbeza dengan skrin OLED yang digunakan model sebelum ini.

Selain itu, menurut Kuo lagi, Apple juga akan turut melancarkan model yang akan menyambung legasi iPhone X pada tahun ini. Peranti ini dikatakan akan mempunyai dua pilihan model, 5.8 inci dengan ciri satu kad sim serta peranti 6.5 inci yang akan turut menyokong fungsi dua kad sim. Kedua-dua model ini pula akan menggunakan skrin OLED maka dari segi harganya hampir pasti lebih tinggi daripada model 6.1 inci yang menggunakan skrin LCD.

Apple Mungkin Akan Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah

Harga bagi peranti dengan skrin 6.1 inci Apple ini dijangkakan sekitar $ 550-$650 (~RM 2140 – RM 2530) untuk model satu kad sim dan $650-$750 (~ RM 2530 – RM 2920) untuk dua kad sim. Namun bagi peranti 5.8 inci serta 6.5 inci Apple pula masih belum ada laporan berkenaan ramalan harga bagi kedua-dua peranti tersebut.

Walaupun Kuo adalah sumber yang mempunyai rekod yang baik dalam menyampaikan khabar angin berkenaan produk Apple, ura-ura berkenaan peranti-peranti ini masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY