Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Mula Mengurangkan Kebergantungan Terhadap Pengeluar Komponen Mereka

Posted on September 30, 2017September 30, 2017

Apple mungkin menghasilkan peranti telefon pintar mereka dengan teknologi mereka tersendiri dari segi cip pemprosesan dan juga perisian namun masih terdapat beberapa komponen penting yang dibuat oleh syarikat lain.

Masalah timbul apabila salah satu syarikat pembekal komponen mula disaman mereka atas sebab-sebab tertentu.

Mengikut laporan dari Nikkei Asian Review, Apple sedang membesarkan harta intelek semikonduktor mereka tersendiri untuk bersaing dengan lebih baik dalam A.I dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal komponen mereka seperti Intel dan Qualcomm.

Untuk tahun ini sahaja, peranti iPhone 8 dan 8 Plus diletakkan komponen modem yang berbeza yang telah menghadkan kemampuan peranti tersebut. Apple sudah memulakan langkah dengan membuat skrin paparan mereka sendiri melalui rakan pengeluar mereka, Foxconn.

Ini merupakan langkah terpenting Apple untuk menjadi satu kuasa besar dalam industri semikonduktor.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress