Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Menghalang Sebarang Kemaskini Untuk Aplikasi Telegram Menurut Pavel Durov

Apple Menghalang Sebarang Kemaskini Untuk Aplikasi Telegram Menurut Pavel Durov

Diterbitkan Jun 2, 2018 oleh Wiser MY

Apple Inc telah menghalang aplikasi Telegram dari dikemaskini secara global sejak Rusia membuat larangan terhadap aplikasi mesej tersebut kata CEO dan pengasas Pavel Durov.

Durov melalui akaun twitternya berkata walaupun Telegram masih lagi berada di dalam App Store, pasukannya tidak dapat mengemaskini sebarang perubahan teknikal di mana-mana negara ketika ini.

Telegram juga tidak dapat mematuhi peraturan perlindungan data untuk pengguna Eropah disebabkan perkara tersebut dan sedang bekerja keras bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Apple tidak memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Apple Menghalang Sebarang Kemaskini Untuk Aplikasi Telegram Menurut Pavel Durov

Apple dikenali sebagai melindungi hak pengguna mereka sebelum ini kerana FBI pernah meminta akses untuk peranti iPhone yang digunakan oleh seorang penembak di US dan Apple tidak membenarkan permintaan tersebut.

Apple mempunyai akses penuh di dalam App Store mereka bagi menyelia dan membenarkan setiap versi aplikasi yang terdapat di dalamnya. Jika sebarang garis panduan tidak dipenuhi, Apple boleh menghalang sebarang kemaskini yang dibuat oleh pembangun.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY