Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Failkan Paten MacBook Dengan Papan Kekunci Maya

Apple Failkan Paten MacBook Dengan Papan Kekunci Maya

Diterbitkan Ogos 7, 2018 oleh Wiser MY

Apple Inc. telah memfailkan satu paten terhadap siri MacBook mereka yang menggunakan papan kekunci maya.

Apple Failkan Paten MacBook Dengan Papan Kekunci Maya

Apple terkenal dengan keberanian mereka mengeluarkan produk yang luar dari norma biasa seperti bicu audio dan butang analog Home dari iPhone 7/7 Plus, butang Home dari iPhone X.

Untuk paten kali ini, peranti MacBook ini akan mempunyai dua skrin di mana salah satunya berfungsi sebagai paparan utama yang beresolusi tinggi dan satu lagi berfungsi sebagai papan kekunci dan pad sesentuh.

Apple Failkan Paten MacBook Dengan Papan Kekunci Maya

Dengan teknologi maklum balas Taptic oleh Apple Inc., mereka mampu menghasilkan getaran yang dihasilkan oleh papan kekunci tradisional dan menggantikannya dengan papan kekunci maya.

Apple Failkan Paten MacBook Dengan Papan Kekunci Maya

OEM lain seperti Asus dan MSI sudah mengadaptasi skrin kedua di dalam komputer riba masing-masing dan berfungsi memaparkan aplikasi selain papan kekunci. Apa pandangan anda mengenai paten yang difailkan oleh Apple kali ini?

Sumber: Wccftech, AppleInsider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY