Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sedang Membangunkan Cip Grafik Sendiri Untuk iPhone

Apple Sedang Membangunkan Cip Grafik Sendiri Untuk iPhone

Diterbitkan April 4, 2017 oleh Wiser MY

Imagination Technologies, sebuah syarikat British yang mereka cip grafik PowerVR untuk penggunaan iPhone dan iPad, telah berkata Apple tidak akan lagi menggunakan teknologi mereka dalam tempoh kurang dari dua tahun lagi.

Di dalam satu kenyataan, Imagination berkata Apple memberitahu mereka yang Apple sedang bekerja secara berasingan bagi membina rekaan grafik dalam usaha untuk mengawal produk mereka dan mengurangkan kebergantungan keatas teknologi Imagination.

Perkembangan itu akan memberi tamparan hebat kepada Imagination kerana separuh pendapatan mereka hasil dari penjualan iPhone dan iPad.

Apple ketika ini memegang pegangan saham sebanyak 8%  di dalam syarikat British itu.

Jika benar apa yang didakwa oleh Imagination itu, kita bakal melihat cip A-series dengan rekaan penuh dari Apple awal tahun depan.

Apple telah berjaya dalam bidang cip pemprosesan dengan cip berasaskan ARM telah berjaya mengatasi pesaing-pesaing di pasaran sekarang.

Untuk cip grafik pula, Imagination agak skeptikal dengan Apple yang mampu mencipta teknologi yang tidak akan melanggar paten Imagination.

Dengan perkembangan terbaru ini, kita bakal melihat pertarungan hak cipta intelek antara Apple dan Imagination.

Imagination sedang berbincang dengan Apple tentang potensi alternatif agar perkara pelanggaran hak cipta tidak berlaku pada masa akan datang.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY