Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wistron Apple

Apple Diperas Ugut Ransomware ‘REvil’

Diterbitkan April 23, 2021 oleh Wiser MY

Apple menghadapi masalah peras ugut selepas maklumat sulit berkenaan produk akan datang dari syarikat pengeluar Taiwan dicuri penggodam.

Syarikat Taiwan yang digodam bernama Quanta, enggan membayar wang tebusan untuk maklumat yang dicuri oleh ransomware ‘REvil’. Ini mengakibatkan penggodam mula mengugut Apple melalui laman web gelap mereka.

Menurut kenyataan yang dikongsikan, kumpulan itu akan mendedahkan data mengenai produk keluaran akan datang oleh Apple.

Antara dokumen yang dicuri adalah maklumat mengenai komputer riba Apple, Apple Watch terbaru, dan Lenovo Thinkpad terbaru.

Apple tidak memberi apa-apa respon terhadap peras ugut tersebut dan enggan mengulas sama ada mereka akan membayar atau tidak.

Seperti sedia maklum, ransomware menyulitkan fail lalu mengugut mangsa memberi bayaran sebagai ganti kunci untuk memulihkan data. Namun, ia terdedah dengan risiko kerana kadang kala mangsa tetap tidak dapat memulihkan data walaupun sudah membayar wang tebusan.

Sumber: nbc news

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY