Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mengakui Getah Membran Di Dalam Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Untuk Menghalang Debu Dari Memasuki

Apple Mengakui Getah Membran Di Dalam Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Untuk Menghalang Debu Dari Memasuki

Diterbitkan Julai 20, 2018 oleh Wiser MY

Apple akhirnya mengakui sendiri yang getah membran yang diletakkan di bawah keycaps untuk papan kekunci MacBook Pro 2018 adalah untuk menghalang habuk dari memasukinya. Sebelum ini mereka berkata penambah baikan tersebut adalah untuk membuatkan sesi menaip pengguna lebih senyap; salah satu aduan bagi pengguna MacBook Pro sebelum ini.

Mengikut dokumen pembaikan yang diperolehi oleh iFixit dan MacRumors, arahan telah diberikan kepada kedai pembaikan di pasaran Barat supaya berhati-hati apabila membuka keycaps kerana terdapat getah membran yang menghalang habuk dari memasuki kawasan suis butterfly papan kekunci.

Apple Mengakui Getah Membran Di Dalam Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Untuk Menghalang Debu Dari Memasuki

Agak pelik mengapa Apple Inc. tidak mahu mengakui perkara ini secara terbuka dan kemungkinan besar mereka cuba untuk tidak mengakui kelemahan suis butterfly yang mula diperkenalkan di dalam MacBook pada tahun 2015. Sejak itu, pengguna telah membuat aduan mengenai kelemahan papan kekunci terbaru tersebut sehinggakan saman terhadap Apple dimulakan sendiri oleh pengguna mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY