Apple Menawarkan Bateri Gantian Selepas Terdapat Laporan Mengenai Kerosakan Komponen Di Dalam MacBook

Pada hari jumaat lepas, Apple Inc. berkata komponen rosak yang terdapat di dalam MacBook kepunyaan pengguna mereka menyebabkan bateri dalaman di dalam komputer riba tersebut 'mengembung'.

MacBook yang terlibat dikatakan dalam jumlah yang sedikit dan Apple Inc kini sedang menawarkan program penukaran bateri secara percuma untuk pengguna global. Insiden yang dikatakan melibatkan MacBook 13-inci yang tidak mempunyai bar sesentuh (touch bars).

Apple Inc tidak menyatakan jumlah unit MacBook yang terjejas namun unit yang terlibat adalah yang dihasilkan di antara bulan Oktober 2016 sehingga Oktober 2017.

Apple sebelum ini menghadapi menghadapi isu yang sama berkenenaan bateri di mana mereka dengan sengaja memperlahankan cip pemprosesan di dalam iPhone mereka untuk memanjangkan jangka hayat bateri.



Apple kemudian meminta maaf dan menawarkan program penukaran bateri dengan bayaran yang lebih rendah dari sepatutnya.

Program Penukaran Bateri Apple