Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Memperketatkan Lagi Peraturan Mengenai App Store Mereka

Apple Memperketatkan Lagi Peraturan Mengenai App Store Mereka

Diterbitkan Jun 6, 2018 oleh Wiser MY

Apple Inc. telah mengeluarkan garis panduan terbaru untuk platform App Store mereka selepas telah menghalang Steam, sebuah platform gaming untuk PC bagi menyediakan servis yang sama untuk peranti iPhone dan juga iPad.

Apple kini menggunakan peraturan yang baharu supaya mereka boleh memilih sendiri aplikasi mana yang boleh beroperasi di dalam App Store mereka. Apple memberikan alasan yang tiada aplikasi yang boleh kelihatan seperti app store yang membenarkan pengguna untuk melihat, memilih dan membeli perisian yang tidak dilesenkan oleh pengguna.

Namun, Apple membenarkan aplikasi yang berfungsi sebagai ‘cermin’, memindahkan skrin dari desktop ke iPhone dan sebarang transaksi mesitlah dibuat di dalam desktop  dan bukannya di dalam iPhone.Apple dilihat untuk melindungi kepentingan mereka kerana mereka berhak mengambil sehingga 30% dari harga jualan untuk sesuatu perisian di dalam App Store.

Apple Memperketatkan Lagi Peraturan Mengenai App Store Mereka

Steam sebagai platform yang terkenal di PC sebelum ini telah memperkenalkan Steam Link yang membolehkan pengguna memainkan permainan desktop di peranti iPhone mereka.

Apple bagaimanapun telah menghalang Steam Link dari beroperasi di dalam App Store. Penganalisa percaya perniagaan servis Apple yang meliputi App Store, iCloud dan Apple Music menjadi penyumbang utama pendapatan selepas perniagaan penjualan iPhone.

–

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY