Apple Memfailkan Tanda Dagang Bagi Perkataan “Slofie”

Slofie, singkatan kepada slo-mo Selfies.


Apple dilaporkan telah memfailkan pemeganga hak tanda dagang bagi perkataan “Slofie” iaitu singkatan kepada perkataan slo-mo Selfie. Perkataan baru ini mula disebut dalam acara Apple minggu lalu ketika memperkenalkan model terbaru iPhone 11.

Dalam pembentangan tersebut, Apple menyatakan kamera hadapan iPhone 11 kini dilengkapi dengan ciri yang mampu merakam video pada kualiti tertinggi iaitu video 4K 60fps.

Bagi rakaman video gerak perlahan pula, kamera hadapan iPhone 11 menyokong rakaman video pada kualiti 1080p (120 fps atau 240 fps).



Apple bertindak untuk memegang hak sah ke atas perkataan tersebut ada kaitannya bagi menghalang syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar lain daripada meniru dan menggunakan terma perkataan yang diperkenalkan mereka itu.

Bermakna, perkataan “Slofie” khusus hanya boleh digunakan untuk iPhone sahaja. Bagi mendapatkan hak tanda dagang perkataan itu, Apple telah membayar sebanyak USD400 bagi pemfailan tersebut kepada USPTO (United States Patent and Trademark Office).

Sumber: The Verge