Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Mempersiapkan Diri Untuk Memasuki Pasaran Asia Tenggara Melalui Singapura

Amazon Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

Diterbitkan Jun 11, 2019 · Dikemas kini Jun 12, 2019 oleh ariff bukhari

Adidas di tangga ke-100.

BrandZ telah mengeluarkan laporan kedudukan 100 syarikat yang paling bernilai di dunia bagi tahun 2019. Dalam laporan tersebut, mereka telah menobatkan Amazon sebagai Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019.

Menurut BrandZ, ia bukanlah suatu yang mengejutkan bahawa Amazon telah berjaya mengatasi Apple dan Google untuk berada di tangga teratas. Ini kerana Amazon yang merupakan syarikat pelopor dalam teknologi perniagaan atas talian telah berjaya mengubah tanggapan bentuk perniagaan moden ini pada pembekal dan rakan kongsi mereka.

Amazon yang telah melancarkan laman sesawang mereka pada tahun 1994 bermula dengan hanya menjual buku secara atas talian. Ia kemudiannya berkembang secara berperingkat dengan mula menjual muzik dan video, barangan elektronik, perisian, permainan dan banyak lagi sehingga ke hari ini.

“It’s doubtful that any of us predicted that this company would sell so much more online, transforming retail—and other categories—in just a couple of decades“. David Roth, CEO The Store WPP, EMEA & Asia Chairman, BrandZ™ and BAV Group. 

Kini Amazon dikhabarkan bernilai $315,505 bilion dolar, sekaligus meletakkannya sebagai jenama paling bernilai di dunia untuk tahun ini. Manakala Google yang berada di tangga teratas tahun lepas telah jatuh ke tangga ketiga dengan nilai $309,000 bilion dolar US.

Sementara Apple yang pernah dinobatkan sebagai Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia sebanyak 4 kali (2011,2012,2013 dan 2015) kekal di tangga kedua dengan nilainya $309,527 bilon dolar US, sama seperti kedudukannya pada tahun 2018 lalu.

Berikut adalah senarai 10 Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019 menurut BrandZ:-

  1. Amazon $315.5 billion
  2. Apple $309.5 billion
  3. Google $309 billion
  4. Microsoft $251.2 billion
  5. Visa $177.9 billion
  6. Facebook $159 billion
  7. Alibaba $131.2 billion
  8. Tencent $130.9 billion
  9. McDonald’s $130.4 billion
  10. AT&T $108.4 billion

Anda boleh membaca laporan penuh oleh BrandZ ini di laman sesawang rasmi mereka.

P/s: Sekadar makluman, Samsung di tangga ke-38, Huawei di tangga ke-47, Xiaomi di tangga ke-74 dan Pampers di tangga ke-79 dari 100 Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019, menurut BrandZ.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY