Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app store_3

Lebih 1.6 Juta Permohonan Aplikasi Baru Di Tolak Apple Pada 2022

Diterbitkan Mei 22, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan ketelusan Apple App Store bagi tahun 2022 mendedahkan, Apple telah menolak sebanyak 1,679,694 permohonan aplikasi dari ditawarkan di stor mereka.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 6,101,913 aplikasi yang telah dilihat mereka sepanjang tahun lepas.

Aplikasi-aplikasi yang paling banyak ditolak permohonan pula adalah aplikasi yang telah melanggar garis panduan yang ditetapkan Apple bagi seksyen-seksyen berikut:-

  • Prestasi (1,018,415)
  • Keselamatan (92,598)
  • Perniagaan (152,391)
  • Rekaan (212,464)
  • Undang-undang (441,972)
  • Lain-lain (79,736)

Walaubagaimanapun, Apple menerima semula sebanyak 253,466 permohonan aplikasi yang telah ditolak mereka pada tahun tersebut untuk ditawarkan di dalam App Store.

Selain itu, dalam laporan itu juga mendedahkan sebanyak 186,195 aplikasi telah dibuang dari App Store.

Berikut adalah 10 kategori aplikasi yang paling banyak dibuang dari App Store tahun 2022:-

  1. Permainan: 38,883
  2. Utiliti: 20,045′
  3. Perniagaan: 16,997
  4. Pendidikan: 16,509
  5. Gaya Hidup: 15,171
  6. Hiburan: 11,757
  7. Makan & Minum: 8317
  8. Produktiviti: 7314
  9. Kembara: 5510
  10. Beli-Belah: 537

Berkaitan

  • Eksklusif: Wise Kongsi Jawapan Tentang DuitNow QR Dan Apple Pay
  • Liputan 5G Capai 59.5% Seluruh Negara, 34% Di Sarawak
  • Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Golongan T20 - PM

Sumber: 2022 App Store Transparency Report

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY