Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Apple M1 Dilaporkan Jadi Sasaran ‘Ransomware’

Cip Apple M1 Dilaporkan Jadi Sasaran ‘Ransomware’

Diterbitkan April 18, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh ariff bukhari

Komputer Apple yang dikuasakan oleh cip pemprosesan M1 kini dilaporkan telah menjadi sasaran perisian tebusan (ransomware) LockBit.

Ia didedahkan oleh penyelidik keselamatan MalwareHunterTeam menerusi akaun Twitter mereka.

"locker_Apple_M1_64": 3e4bbd21756ae30c24ff7d6942656be024139f8180b7bddd4e5c62a9dfbd8c79
As much as I can tell, this is the first Apple's Mac devices targeting build of LockBit ransomware sample seen…
Also is this a first for the "big name" gangs?
🤔@patrickwardle
cc @cyb3rops pic.twitter.com/SMuN3Rmodl

— MalwareHunterTeam (@malwrhunterteam) April 15, 2023

Serangan ransomware adalah tidak asing berlaku pada komputer yang menjalankan sistem operasi Windows dan Linux.

MalwareHunterTeam berkata, mereka tidak pernah menemui sebarang rujukan berkaitan LockBit yang menyasarkan Mac sebelum binaan pertamanya muncul pada November tahun lepas.

Tetapi insiden terbaru ini sekaligus menjadikannya adalah yang pertama dikesan melibatkan komputer yang dikuasakan cip M1 yang dibangunkan oleh Apple sendiri itu.

Ransomware biasanya akan mengawal dan mengambil alih sepenuh komputer yang diserang denganmenyekat akses pengguna dan menyulitkan fail mereka.

Kemudian penggodam akan menuntut bayaran kepada mangsa bagi membolehkan data yang disulitkan dibuka dan diakses semula.

Berkaitan

  • (Ulasan) MSI RTX 4070 Ti GAMING X TRIO - Prestasi 4K Pada Harga 'Rahmah'
  • Tempahan Awal Huawei MateBook D15 Dibuka Dengan Harga RM2499
  • Kongsi 'Post' HP Malaysia Ini Dan Berpeluang Menang Tiket Ke Seoul

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY